Laman Utama

Selamat datang ke laman web rasmi Interlude Auto

Interlude Auto adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Interlude Group. Interlude Auto menjalankan aktiviti perniagaan kereta seperti berikut

  • Jual beli kereta baru dan terpakai
  • Sewa kereta pandu sendiri
  • Sewa kereta dengan opsyen membeli
  • Pengurusan kereta sewa

Kami juga menawarkan perkhidmatan khusus berikut;

Interlude Auto diterajui oleh kumpulan pengurusan yang berpengalaman luas dalam industri kereta serta perniagaan lain. Pengurusan Interlude auto juga dibantu oleh kumpulan pekerja yang berdedikasi dan mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Suka artikel ini? Tolong kongsi

Tentang Kami

Interlude Auto telah ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan dalam bidang jual beli dan sewaan kereta. Kelebihan Interlude Auto berbanding dengan syarikat perniagaan kereta yang lain ialah Interlude Auto memberi penyelesaian unik kepada pelanggan untuk memiliki kereta secara mudah dan jimat. Tidak seperti syarikat perniagaan kereta yang lain, Interlude Auto menyediakan kemudahan sewa dengan opsyen membeli kepada pelanggan-pelanggan yang tidak layak memohon pinjaman bank.

Selain daripada itu, Interlude auto juga mempelopori satu skim yang memberi peluang penjimatan sehingga 40% hingga 60% kepada pengguna yang ingin memiliki kereta. Skim ini dinamakan skim Kereta Jimat.

 

Suka artikel ini? Tolong kongsi

Perkhidmatan Kami

Kami menyediakan 6 perkhidmatan berikut;

  1. Penasihat jualan kereta baru pelbagai jenama
  2. Skim Kereta Jimat – Jimat sehingga 40% daripada harga pasaran kereta tersebut
  3. Program Rakaniaga Kereta Sewa – Kurangkan bebanan membayar ansuran bulanan kereta anda dengan membina keuntungan pasif setiap bulan tanpa perlu keluar modal walau satu sen pun
  4. Skim Sewa dan Miliki – Cara mudah memiliki kereta tanpa perlu buat pinjaman bank (hanya untuk yang memerlukan penyelesaian jika tak boleh buat pinjaman bank)
  5. Trade-in kereta terpakai: Kami sedia trade-in kereta yang nilai pasaran lebih remdah daripada baki pinjaman bank anda
  6. Kereta sewa pandu sendiri (berlesen)
Suka artikel ini? Tolong kongsi

Skim Kereta Jimat

SKIM KERETA JIMAT

SKIM KERETA JIMAT ialah satu skim pemilikan kereta yang unik dan satu-satunya di Malaysia. Ianya dipanggil Skim Kereta Jimat kerana menawarkan penjimatan sehingga 40% daripada harga pasaran kereta tersebut. Konsep Skim Kereta Jimat ialah pelanggan ditawarkan untuk menyewa kereta tersebut selama 60 bulan dengan pilihan untuk memiliki kereta tersebut dengan membayar keseluruhan bayaran sewa di awal perjanjian, tanpa perlu membayar sewa setiap bulan.

Berikut ialah ciri-ciri Skim Kereta Jimat;

  1. Penyewa hanya perlu bayar 60% daripada harga pasaran kereta berkenaan. Bayaran hendaklah dalam bentuk tunai ke dalam akaun bank Interlude Auto.
  2. Penyewa tidak perlu membayar apa-apa ansuran bank ataupun sewa kepada syarikat selepas itu selama 60 bulan tempoh sewaan.  Bayaran 60% di atas telah dikira sebagai bayaran penuh sewaan kereta tersebut untuk tempoh 60 bulan.
  3. Dalam tempoh 60 bulan, kereta tersebut masih nama syarikat atau proxy syarikat.  Hakmilik kereta hanya akan dipindahkan ke atas nama penyewa selepas 60 bulan
  4. Penyewa dikehendaki membayar kos pindahmilik nama dan insuran kereta tersebut untuk penukaran hakmilik atas nama penyewa selepas tempoh 60 bulan tamat

Sehingga kini, kami telah membantu lebih 100 pelanggan untuk memiliki kereta secara jimat menggunakan skim kereta jimat ini.

 

Suka artikel ini? Tolong kongsi

Program Rakaniaga Kereta Sewa

Siapa nak kereta baru dengan penjimatan ansuran bulanan sehingga 50% – 60% sebulan?

Anda mampu menjimatkan wang anda sehingga 50% – 60% sebulan daripada ansuran biasa yang anda kena bayar setiap bulan apabila anda menyertai program rakaniaga kereta sewa Interlude Auto.

Masalah yang sering dihadapi oleh ramai pemilik kereta seperti berikut

  • Ansuran bulanan yang tinggi setiap bulan
  • Nilai kereta yang semakin menurun setiap tahun
  • Nak jual kereta tetapi baki pinjaman bank masih tinggi

Dengan program rakaniaga kereta sewa Interlude Auto, kami dapat menyelesaikan masalah di atas dengan memberi peluang kepada rakaniaga kami

  • Mengurangkan beban membayar ansuran bulanan yang tinggi
  • Mengubah kereta sebagai eset dengan nilai tambah perniagaan
  • Kami ada cara selesaikan masalah nak jual kereta anda walaupun baki bank masih tinggi
Suka artikel ini? Tolong kongsi